Sumpah Kerabat Hang Tuah



Ku tanya-tanya tak menentu
Ku fikir-fikir siapa aku
Ku senyum sinis, sinis senyum ku
Tapi yg pasti aku tak tahu
Engkau teja, engkau teja
Ditiup angin kemana jua
Dirimu lalai, dirimu lalai
Memang berakal tapi tidak teruja


Bangsaku oh melayu
Kemana hilang jati dirimu
Malu dibuang maruah disapu
Martabat hilang tat badai berubah
Bangsaku oh bangsaku
Islam hanya pada namamu
Akhlakmu sudah tidak menentu
Akidah pulak kau ragu-ragu
Bangkitlah oh sedarlah
Merdeka bukan hanya sejarah
Menyingkap tabir kisah yg lalu
Penjajah hidup di tanah melayu
Bangkitlah dan bangkitlah
Pupuklah cinta pada daulah
Islam dijunjung sebagai landasan
Bangsa dipakai sebagai kebanggaan
Wahai saudara oh saudara
Bersatu teguh buat negara
Tuah bersumpah gerun bunyinya
Takkan melayu hilang di dunia

2 comments:

  1. Apakah saudara tahu bahawa Hang Tuah tidak hanya melawan Hang Jebat, tapi ada lagi satu hikayat yang hang Tuah ada beradu tenaga. Siapakah beliau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamba tidak tahu.. Kalau tuan hamba tau.. Siapakah beliau?

      Delete